News

Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau
Posted on : 31 Oct 2022  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila Klik Sini Untuk Muat Turun

Tarikh : 29 dan 30 Oktober 2022

Tempat : Balai Raya Kampung Serikin, Bau

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan semangat gotong-royong dan membersih kebersihan di setiap sungai yang berada di kampung tersebut. Program yang bermula pada 29 Oktober 2022 dengan aktiviti mengutip, mengumpul dan membersih sungai-sungai di tiga (3) buah kampung terlibat dengan penyertaan seramai 150 orang setiap kampung.

Sehubungan itu, pada 30 Oktober 2022, program ini dirasmikan dan ditangguh oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak [Laut dan Sungai], Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep merangkap Adun N2, Tasik Biru. Sempena dengan program yang telah dianjurkan aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak bagi berumur 4 hingga 6 tahun dan gotong-royong mengutip sampah sambil riadah di tiga(3) buah Kampung Serikin, Kampung Duyoh, Kampung Bogag turut diadakan. Selepas pertandingan mewarna, program ini diteruskan lagi dengan tiga (3) ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bertajuk “Kesedaran,Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Encik  Willie Micheal dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak bertajuk “Peranan Dalam Menjaga Kualiti Air Sungai” dan Encik Mohamad Zulhelmi Bin Khairil dari Majlis Daerah Bau dengan tajuk ceramah “Pengurusan Sisa-Sisa Pepejal”.

YB Dato menekankan bahawa program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai di kalangan masyarakat. Disamping itu beliau juga menyeru agar pengusaha semua jenis perusahaan yang terletak di tebingan sungai agar tidak membuang sisa sisa buangan ke dalam sungai agar sungai tidak tercemar dan keselamatan pengguna sungai terjamin. YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak menganjurkan program sebegini di kalangan masyarakat setempat.

Turut menghadiri program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Zul bin usup, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Sarawak Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ketua Kaum Jepes Anak Gobis,Kampung Serikin, Ketua Kaum Tandi Anak Ginep Kampung Jagoi Duyoh, Ketua Kaum Bogeg Anak Nyaon Kampung Bogag, dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua kaum Kampung Bau. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.