News

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat Bagi Tahun 2022 (Bil.9/2022)
Posted on : 01 Feb 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Tarikh: 28/01/2023

Tempat: Dewan Serbaguna, Kampung Pesang, Padawan

Lembaga Sungai- Sungai Sarawak telah menganjurkan program Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Lanskap Sungai  Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2022 (Bil.9/2022), bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Pesang, Padawan.

Majlis dirasmikan YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merangkap ADUN N20 Tarat, dengan melepaskan 5 ribu ekor anak ikan sebagai simbolik majlis di Kampung Pesang River Lodge.  Majlis diteruskan di Dewan Serbaguna Kampung Pesang bagi jamuan makan malam dan penyampaian hadiah. Antara aktiviti yang turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna kategori kanak-kanak yang diadakan pada sebelah petang dan disertai oleh 30 orang peserta dan hadiah telah disampaikan oleh Pemangku Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara).  Pemenang bagi Pertandingan Kebersihan dan Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2022 yang telah disertai oleh 13 buah kampung adalah Kampung Pesang, manakala bagi kedudukan tempat ke-dua pula adalah Kampung Simpok, seterusnya tempat ke-tiga disandang oleh, Kampung Munggu Kopi dan 5 buah kampung telah mendapat hadiah sagu hati iaitu Kampung Maang, Kampung Sira, Kampung Sarig, Kampung Peraya dan Kampung Stabut. YB Datuk telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang Pertandingan Kebersihan Dan Lanskap Sungai dalam kawasan ADUN N20 Tarat.

 Turut hadir dalam majlis ini Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Encik Damen anak Rejek, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Rudy Beltran Paris, Pegawai Daerah Serian, Encik Ranum anak Bari, Ketua Kaum Kampung Pesang, Encik Dony anak Nuong, Ketua-ketua Jabatan serta wakil, Kaunselor, Penghulu, Ketua Kaum dan penduduk Kampung Pesang.