News

Majlis Kesyukuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Posted on : 07 Mar 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Pada 3 Mac 2023, Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi meraikan pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat LSS yang menerima APC 2021. Dalam pada masa yang sama, turut mengalu-alukan kedatangan Encik Leonard Luhat Laing sebagai Assistant Controller (Pentadbiran) bermula 1 Mac 2023.  Selain itu, majlis tersebut meraikan Encik Leo anak Nanang, Assistant Controller (Riverine Safety) yang akan menyambung pengajian beliau di peringkat Sarjana di Universiti Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Lt. Kol.  Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, dan seterusnya penyampaian APC kepada pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat LSS. Berikut adalah penerima APC tahun 2021 adalah Encik Sam anak Budi (Assistant Controller,Technical Services), Puan Hafsah binti Rahman (Ketua Unit, HRM), Encik Mazlan Raduan (Pembantu Penguatkuasa), Encik Mohammad Fitrillah bin Sapawi (Pembantu Tadbir), Encik Cosleycan anak Ahon (Pembantu Laut), Encik Roshidi bin Mohamed Rizan (Pembantu Laut) dan Encik Edward anak Laga (Pembantu Penguatkuasa).  Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang dan semoga anugerah ini dapat memberikan motivasi kepada semua warga LSS dalam menambahbaik mutu perkhidmatan.