News

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Sarawak ke Terminal Penumpang Sibu.
Posted on : 11 Apr 2023  Source of News: Sarawak Rivers Board
 

Sila klik untuk gambar seterusnya.

Pada 11 April 2023, YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dan rombongan telah melawat Terminal Penumpang Sibu dan satu taklimat telah disampaikan oleh Encik Sam Budi, Assistant Controller (Perkhidmatan Teknikal) kepada beliau berkenaan status terkini pelaksanaan projek-projek pembangunan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. 

Selesai taklimat, Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin dan rombongan melawat sekitar terminal dan diakhiri dengan penyerahan jaket keselamatan kepada pengusaha bot laju yang beroperasi di sektor Sibu-Daro dan Sibu-Dalat oleh YB Dato Sri. Beliau menegaskan penggunaan jaket keselamatan ketika menaiki bot adalah perkara paling utama perlu dipraktikkan oleh penumpang dan ini merupakan satu peraturan keselamatan yang wajib dipatuhi demi keselamatan para penumpang dan pengusaha bot, beliau turut mengingatkan semua pengusaha bot hendaklah memastikan keselamatan penumpang sentiasa diutamakan. 

Selesai lawatan kerja tersebut, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah 2, Sibu. 

Turut hadir dalam lawatan kerja ini YB Chieng Jin Ek, N51. Bukit Assek, Lt. Kol.Ding Tiew Wong, Pemangku Controller LSS dan Pegawai Kanan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak.