News

Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Pangga, Kampung Emperoh Jambu, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Kuching
Posted on : 26 Apr 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Pangga, Kampung Emperoh Jambu, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Kuching

Tarikh: 23 April 2023

Tempat: Kampung Emperoh Jambu, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Kuching

Pada 23 April 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Pangga, di Kampung Emperoh Jambu, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Kuching.  Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), merangkap ADUN N.19 Mambong, YB Datuk Dr. Jerip Susil telah merasmikan program ini. YB Datuk telah mengingatkan para peserta supaya menjaga kebersihan sungai agar sungai tidak tercemar dan kejadian banjir kilat tidak berulang lagi di masa akan datang.  Selain daripada itu, beliau juga berkehendakkan JKKK Kampung Emperoh Jambu untuk mengemukakan pelan untuk mencantikkan Sungai Pangga agar ianya dapat menarik pelancong dan ini secara langsung dapat menjana aktiviti ekonomi setempat.  Objektif program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk setempat pentingnya kebersihan sungai dan pemilikan terhadap sungai. Tambahan pada itu, ianya juga sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku.  Gotong-royong telah disertai oleh lebih kurang 80 orang penduduk kampung.

Turut hadir dalam majlis ini Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pegawai Tadbir, Daerah Kecil Padawan, Encik Julius Scott Sapong, Penghulu Richard Deo, Ketua Kampung Emperoh Jambu, Encik Boniface Lasek, pegawai-pegawai daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan penduduk Kampung Emperoh Jambu.