News

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI
Posted on : 03 May 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

 

Sila klik sini untuk gambar seterusnya

Tempat:  Terminal Ekspres, New Limbang Custom Wharf,  Main Bazaar, Limbang. 
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak(LSS), Bahagian Limbang, Wilayah 3, Miri telah menjayakan program ini yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. 
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti sungai di Limbang khususnya kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di bawah Persatuan Bot Penambang tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan keselamatan dan kebersihan di kawasan Limbang terjamin.
Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping dari LSS, Bahagian Miri yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan dan Kebersihan Sungai harus diutamakan dan penyampaian jaket keselamatan kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di sekitar Bandar Limbang.
Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan rombongan telah meninjau Alat Bantuan Navigasi yang terletak di muara Sungai Limbang dan cabang yang bertujuan memastikan keselamatan navigasi di Sungai Limbang.
 
Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Dato Henry Harry Jinep , Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YB Palu@Paulus Anak Gambang, Adun N80, Batu Danau, Limbang, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Pegawai Tugas Khas, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Puan Jeanly Martin, wakil Residen Limbang, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS
dan Encik Mohammad Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller, Wilayah 3, Miri dan Ketua Jabatan serta Wakil Jabatan/Agensi Kerajaan di Limbang.
Seramai 60 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta ahli-ahli Persatuan Bot Penambang Limbang yang berjumlah 44 peserta dari pengusaha-pengusaha bot  penambang di sekitar Limbang. 
Maklum balas dari penduduk kampung dan peserta Persatuan Bot Penambang Limbang amatlah menghargai penganjuran Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan ini dan mohon agar pihak LSS meneruskan program sedemikian pada masa depan.
Tahniah dan syabas kepada LSS Limbang dan Wilayah 3, Miri serta peserta/agensi yang terlibatDate: 03 May 2023

Tarikh: 3 Mei 2023 

Tempat: Terminal Ekspres, New Limbang Custom Wharf, Main Bazaar, Limbang. 

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak(LSS), Bahagian Limbang, Wilayah 3, Miri telah menjayakan program ini yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti sungai di Limbang khususnya kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di bawah Persatuan Bot Penambang tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan keselamatan dan kebersihan di kawasan Limbang terjamin. 

Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping dari LSS, Bahagian Miri yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan dan Kebersihan Sungai harus diutamakan dan penyampaian jaket keselamatan kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di sekitar Bandar Limbang. 

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan rombongan telah meninjau Alat Bantuan Navigasi yang terletak di muara Sungai Limbang dan cabang yang bertujuan memastikan keselamatan navigasi di Sungai Limbang. 

Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Dato Henry Harry Jinep , Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YB Palu@Paulus Anak Gambang, Adun N80, Batu Danau, Limbang, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Pegawai Tugas Khas, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Puan Jeanly Martin, wakil Residen Limbang, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS dan Encik Mohammad Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller, Wilayah 3, Miri dan Ketua Jabatan serta Wakil Jabatan/Agensi Kerajaan di Limbang. 

Seramai 60 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta ahli-ahli Persatuan Bot Penambang Limbang yang berjumlah 44 peserta dari pengusaha-pengusaha bot penambang di sekitar Limbang. 

Maklum balas dari penduduk kampung dan peserta Persatuan Bot Penambang Limbang amatlah menghargai penganjuran Kempen Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan ini dan mohon agar pihak LSS meneruskan program sedemikian pada masa depan. Tahniah dan syabas kepada LSS Limbang dan Wilayah 3, Miri serta peserta/agensi yang terlibat.