News

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI SERTA GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN R.C. JETI SEKOLAH KEBANGSAAN UKONG
Posted on : 10 May 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik di sini untuk gambar seterusnya

Pada 10 Mei 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang. 

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Bahagian Limbang, Wilayah III, Miri telah menjayakan kempen ini yang dirasmikan oleh YB Palu @ Paulus Palu anak Gumbang, merangkap Adun N.80, Batu Danau, Limbang. Bersempena kempen pada kali ini, sebanyak 5 aktiviti telah dilaksanakan merangkumi: 1. Gotong-Royong membersihkan R.C. Jeti SK Ukong oleh PIBK, 2. Pertandingan mewarna murid-murid sekolah, 3. Taklimat keselamatan dan kebersihan di sungai oleh LSS, 4. Penerangan dan demostrasi cara-cara memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Daerah Limbang, 5. Melepaskan anak ikan Lampam Jawa oleh Stesen Perikanan Darat Kubong, Limbang. 

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti sungai di kampung Ukong khususnya murid-murid sekolah tentang kepentingan dan keselamatan dan kebersihan di sungai. 

Seterusnya majlis dimulakan oleh ucapan pembukaan oleh Guru Besar SK Ukong Puan Yambut anak Idop seterusnya ucapan Pemangku Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) dan ucapan perasmian oleh YB Palu @ Paulus Palu anak Gumbang, dalam ucapan tersebut Yang Berhormat berkata Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Negeri Sarawak melalui LSS dengan objektif utama adalah menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya aspek keselamatan di sungai dan memelihara kebersihan sungai serta persekitarannya. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan saya yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. 

Di akhir majlis, YB Palu @ Paulus Palu anak Gumbang telah menyerahkan 30 jaket keselamatan kepada Ketua Kaum sekitar kampung Ukong dan selepas itu, YB dan rombongan telah melepaskan 10 ribu anak ikan lampam jawa ke sungai Limbang yang dibekalkan oleh Stesen Perikanan Darat Kubong, Limbang. 

Turut hadir menjayakan program ini ialah Puan Yambut Idop, Guru Besar SK Ukong, Encik Wilson Anak Susok, YDP PIBK SK Ukong, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS, Encik Joseph Tindan, Timbalan PendidikanDaerah Limbang, Encik Collin Anak Irine, Penolong Pegawai Tabdir Sektor Pengurusan Pendidikan Limbang, Encik Desmond Undi, Penguasa Jabatan Perikan Darat Limbang, Encik Chong Bui Chyan, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang, dan Encik Mohammad Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller, Wilayah III Miri serta ketua-ketua masyarakat yang dijemput. 

Seramai 80 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta cikgu dan murid-murid SK Ukong.