News

KEMPEN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI SEMPENA OPERASI PENGUATKUASAAN PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK 2023 & CUTI PENGGAL 1 SESI PERSEKOLAHAN 2023
Posted on : 28 May 2023  Source of News: Lembaga Sungai-sungai Sarawak
 

Sila Klik disini untuk gambar seterusnya

Pada 27 Mei 2023 bertempat di Terminal Penumpang Kapit.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Bahagian Kapit, Wilayah II, Sibu telah menjayakan program tersebut yang dirasmikan oleh YB Tuan Jefferson Jamit ak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera). Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Puan Carol Bungan Leo dari LSS, Kapit yang bertajuk Kebersihan Sungai dan demonstrasi pemakaian jaket keselamatan oleh anggota Penguatkuasa LSS, Sibu. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk dan pengguna pengangkutan sungai tentang kepentingan dan keselamatan serta kebersihan di sungai.

Seterusnya majlis dimulakan oleh upacara miring dan  diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) dan ucapan perasmian oleh YB Tuan Jefferson Jamit ak Unyat dalam ucapan tersebut beliau memaklumkan Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan 2 projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang mana akan di implementasi oleh LSS iaitu Pertama: Pembangunan fizikal dengan pembinaan empat mooring dolphin di seberang bandar Kapit dengan jumlah peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 5 juta. Tujuan utama projek pembinaan ini adalah untuk menyediakan tempat mengikat kapal yang selamat untuk masyarakat perkapalan sementara menunggu jadual pengoperasian seterusnya. Projek Kedua adalah dalam pembangunan bukan fizikal iaitu  melaksanakan survei hidrografi alur navigasi dari penemuan Batang Rajang/Batang sehingga ke tempat pendaratan penumpang di Pekan Belaga dengan jumlah peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 1.5 juta. Tujuan utama survei hidrografi adalah untuk mengenalpasti alur navigasi serta menghasilkan carta navigasi untuk rujukan masyarakat perkapalan serta komuniti sungai setempat. Kedua-dua projek akan dilaksanakan pada tahun 2023 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024.   

Akhir majlis YB Tuan Jefferson Jamit ak Unyat telah menyerahkan 100 unit jaket keselamatan kepada Ketua kaum dan peserta program kempen ini.Turut hadir menjayakan program ini ialah Encik Robert Liman Anak Delie, Timbalan Residen Kapit, Encik Calvin Ligong Bujang @ Endawie, Pegawai Daerah Bukit Mabong, Cik Inja Hellegers ak Achong, Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan dan Saliran Kapit, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS, Cik Ratna Dewi Bt. Bujang, wakil Assistant Controller, Wilayah II Sibu, Puan Carol Bungan Leo, Penolong Pengurus Pelabuhan, Kapit serta ketua-ketua jabatan dan masyarakat yang dijemput.Lebih kurang seramai 100 peserta program telah hadir dan maklum balas dari peserta adalah sangat berterima kasih atas program yang diadakan dan berharap ianya diteruskan di masa akan datang demi keselamatan bersama.