News

KEMPEN KESELAMATAN & KEBERSIHAN SUNGAI DI PENGKALAN PERAHU PANJANG , EMPANGAN BTG AI, LUBOK ANTU SEMPENA OPERASI PENGUATKUASAAN PERAYAAN HARI GAWAI DA
Posted on : 28 May 2023  Source of News: Lembaga Sungai-sungai Sarawak
 

Sila Klik disini untuk gambar seterusnya

Pada 26 Mei 2023 bertempat di Pengkalan Perahu Panjang, Empangan Batang Ai, Lubok Antu.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak(LSS), Bahagian Sri Aman, Wilayah I Kuching telah menjayakan program tersebut yang dirasmikan oleh Tetamu Kehormat YB Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut). Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong mengutip sampah dipersekitaran pengkalan dan jeti,  Seterusnya, ceramah disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari LSS, pejabat Kuching yang bertajuk Keselamatan dan Kebersihan harus diutamakan serta diakhiri dengan demonstrasi pemakaian jaket keselamatan. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk dan pengguna pengangkutan sungai di empangan dan sungai tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, beliau memaklumkan Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan objektif utamanya adalah untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam terhadap pentingnya aspek keselamatan di sungai dan memelihara kebersihan sungai serta persekitarannya. Kempen kesedaran ini mensasarkan komuniti setempat yang tinggal berhampiran dengan sungai secara khasnya, dan masyarakat umum serta pihak swasta. Perancangan dan pelaksanaan program kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan.

Seperti yang kita sedia maklum, kempen pada kali ini kita mensasarkan kepada komuniti sungai terutamanya kawasan Empangan Batang Ai dan Lubok Antu. Di akhir majlis, YB Dato telah menyerahkan 150 unit jaket keselamatan kepada Ketua Kaum sekitar empangan Batang Ai dan Lubok Antu. Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Datin Christina Esni Mied, Encik Jack Anak Meredan, Pegawai Tugas Khas kepada YB Datuk Dr. Malcom Mussem Anak Lamoh ADUN N34, Batang Ai, Penghulu Temeling Anak Jua, wakil YB Tuan Roy Angau Anak Gingkoi, P203 Lubok Antu, Encik Chong Chi Fam, wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Gilbert anak Rusim, Jemaah Ahli Lembaga, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Julaihi Bin Shahmad Assistant Controller, Wilayah I Kuching serta ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Lubok Antu. Seramai lebih kurang 150 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta penduduk kampung sekitar empangan Batang Ai dan Lubok Antu, Sri Aman.