News

PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIH “FLOATING WOOD DEBRIS” DI LALUAN NAVIGASI SUNGAI DI KAWASAN NG. DELOK, LUBOK ANTU PADA 23 MAC 2024 (SABTU)
Posted on : 04 Apr 2024  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Click Here To View Next Photos

Pada 28 Februari 2024 telah tular di akhbar Dayak Daily berkenaan masalah “Kayu Apat” (Floating Wood Debris) yang menghalang laluan navigasi sungai di Sungai Delok, Lubok Antu serta aduan daripada penduduk tempatan yang memohon bantuan untuk membersihkan laluan navigasi sungai yang tertutup oleh longgokon “kayu apat” (Floating Wood Debris).

Sehubungan itu. pihak Kementerian Pengangkutan Sarawak telah meminta supaya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah “kayu apat” (Floating Wood Debris) yang menghalang laluan navigasi sungai di Sungai Delok.

Bagi memastikan keselamatan sistem pengangkutan sungai selamat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan Program Komuniti Gotong-Royong Membersihkan Laluan Navigasi Sungai bersama para penduduk daripada lima (5) buah rumah panjang di kawasan tersebut iaitu, Tapang Pungga, Ng. Delok, Pala Taong, Ng. Sumpa dan Ng. Jambu. Program gotong-royong tersebut telah diadakan pada 23 Mac 2023 (Sabtu).

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membersihkan laluan navigasi sungai dengan mengikat “kayu apat” (Floating Wood Debris) keluar dari kawasan laluan navigasi bagi memastikan laluan sungai bersih dan selamat untuk dilalui pada setiap masa oleh para penduduk yang tinggal disepanjang Sungai Delok yang bergantung kepada sungai sebagai mode pengangkutan utama mereka,

Hasil daripada program tersebut, para penduduk telah mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kerana telah bertindak cepat membantu mereka bagi mengatasi masalah longgokon “kayu apat” (Floating Wood Debris) yang menjadi masalah utama kepada keselamatan dan kelancaran sistem pengangkutan sungai di kawasan tersebut.

Para penduduk juga memberi terima kasih kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kerana melibatkan mereka secara langsung dalam kerja-kerja pembersihan tersebut.