News

SARAWAK REGATTA 2023 “RACE FOR HARMONY”
Posted on : 20 Dec 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

SILA KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR SETERUSNYA 

Pada 3-5 November 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal Sarawak Regatta 2023 “Race For Harmony”  yang telah berlangsung di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching. Jawatankuasa Teknikal ini terdiri JKK Urusetia dan Dokumentasi, JKK Pengangkutan dan Peralatan, JKK Keselamatan Trafik dan Fasiliti, JKK Persiapan Fizikal dan Kebersihan Sungai, JKK Kewangan, dan Jamuan, JKK Perhubungan Awam dan Publisiti. Agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal ini ialah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak (PPM), Sarawak CoastGuard (UKPS), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak , Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jawatankuasa Keselamatan di Sungai telah ditugaskan untuk memastikan aspek keselamatan dan laluan perlumbaan dan trafik sungai dalam keadaan baik sepanjang perlumbaan ini berlangsung.

Untuk memastikan aspek keselamatan di sungai sebanyak 26 aset dan logistik keselamatan air diaturgerak bersiap sedia antaranya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menggunakan 2 buah Bot Penguatkuasaan,  Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak (PPM) 6 buah Bot dan 2 buah Jet Ski, Sarawak CoastGuard (UKPS) 2 buah Bot Interceptor, Jabatan BOMBA Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak 4 buah Bot Alumnium dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 3 buah bot Aluminium, 1 buah Bot Sealegs dan 1 buah Bot Destiny.

Zon perlumbaan ini bermula dari Adan A - Kampung Semarang ke garisan penamat iaitu berhadapan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) dengan jarak 1800 meter (1.8KM) bagi Kategori acara Bidar 15, 20, 25 dan 30 pekayuh dan Adan B – Surau Kampung Surabaya dengan jarak 1000 meter (1KM) bagi Kategori acara  Balok 7, Bidar 10 pekayuh dan perahu Kenyalang.

Diantara pasukan-pasukan yang bertanding sepanjang Sarawak Regatta 2023 ialah UDAK, KHAZANAH UJANG, SINARAN, DBKU, RG4RC, SRI PAKAH, PANCAR BURQ SAKTI, TODAK BERJAYA, ENRAZ CAHAYA ZEN, JANG, UDAK BERJAYA, LANDAS, YAYASAN SARAWAK, BURAQ TERBANG TANJUNG DATO, SRI URAI, BDA BINTANG TERBANG, KELISA, JANG H2 ENERGY, ICATS, JABATAN HUTAN SARAWAK, BOMBA, NREB, UITM, BINTULU PORT, UNIMAS, KPWKM, SSC, CATS FM dan UKPS. Jumlah keseluruhan penyertaan yang diterima ialah 370 pasukan dan jumlah 7,680 pekayuh (orang).

Juara Raja bagi Sungai Sarawak Regatta Tahun 2023 telah dinobatkan kepada Pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 35, diikuti tempat ke dua Pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 52 dan tempat ke tiga Pasukan UDAK 18.  Piala dan hadiah Juara Raja Sungai  Sarawak Regatta 2023 telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 dan diiringi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

 Simbolik penanguhan Sarawak Regatta 2023, Pemangku Controller, Lt. Kol. Ding Tiew Wong telah penyerahan pengayuh kepada Residen Bahagian Kuching, Puan Norleha bt Hj. Shariff untuk Sarawak Regatta Tahun 2024.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Kementerian, Jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari segi keanggotaan dan aset dan bersama-sama di dalam menjayakan acara Sarawak Regatta 2023 pada kali ini.