News

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI KAMPUNG TANAH HITAM, SEMATAN
Posted on : 19 Dec 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik di sini untuk gambar seterusnya

Tarikh: 19 Disember 2023

Tempat: Dewan Chung Hua, Sematan, Lundu

 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching telah berjaya menganjur program ini yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Sungai & Laut) selaku tetamu kehormat merangkap ADUN N2, Tasik Biru. Program dihadiri oleh penduduk Kampung Tanah Hitam No.1 dan No.2 Sematan, Lundu.

 Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di Daerah Kecil Sematan, Lundu khasnya komuniti penduduk kampung Tanah Hitam di Sematan tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan dan kebersihan sungai di Daerah Kecil Sematan terjamin.

 Program dimulakan senamrobik dan aktiviti gotong-royong membersih Kampung Tanah Hitam No.1 dan No.2 oleh penduduk kampung Tanah Hitam disamping itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika kampung Tanah Hitam juga dijalankan. Ceramah kesedaran awam yang disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping dari LSS, Bahagian Miri yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan dan Kebersihan Sungai Harus Diutamakan, ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Mengiring Anak Asang dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan ceramah Sarawak Forestry Corpotation (SFC).

 Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Kaum, Kampung Tanah Hitam No. 1 Encik Marizan Bin Jamahari dan ucapan aluan oleh YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri  Haji Adenan, merangkap Adun N.3 Tanjung Datu, ucapan perasmian dan menangguhan program oleh YB Dato Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmian beliau menekankan pentingnya Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini dan ianya merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui LSS. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan.  YB Timbalan Menteri juga memaklumkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah membuka semula pejabat LSS Sematan bermula bulan Disember 2023 setelah ditutup pada tahun 2019 yang lepas, supaya keselamatan pengguna di sungai lebih terjamin dan kehadiran pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di Sematan dapat memantau dan mambantu masyarakat di Sematan.

 YB Timbalan Menteri Pengangkutan Saraawak (Sungai dan Laut) dan YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri  Haji Adenan juga telah menyerahkan 100 jaket keselamatan untuk Ahli Persatuan Nelayan Lundu dan Sematan dan hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, kutipan sampah terbanyak, cendehati kepada penceramah serta cabutan nombor bertuah.

 Turut menjayakan program pada kali ini, YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri  Haji Adenan, Adun N.3 Tanjung Datu, YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Pemanca Kane@Ken Anak Manong, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak,  Encik Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, yang berusaha Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller, Wilayah I, Kuching ketua-ketua Jabatan Kerajaan/Agensi dan Ketua masyarakat yang dijemput.

 Seramai lebih kurang 150 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum dan Masyarakat disekitar Kampung Tanah Hitam No.1 dan No. 2 Sematan. Semua peserta menyambut baik program yang dianjur dan mencadangkan yang sama turut diadakan pada masa akan datang.