News

PENYERAHAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN DAN SUMBANGAN DERMA STAF LSS KEPADA PT PUAN RAINI NOBIL
Posted on : 12 Jan 2024  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


Pada 9 Januari 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menyerahkan bantuan khairat dan sumbangan derma staf kepada Puan Raini Nobil, Pembantu Tadbir N22, Seksyen Kewangan, Ibu Pejabat LSS, bagi membantu meringankan beban setelah suami beliau meninggal dunia pada 28 Disember 2023 yang lalu.

Sumbangan telah diserahkan oleh Encik Julaihi Shahmad, Pengerusi Koperasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KOSU) dan Encik Melvin Vana, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) yang disaksikan oleh Yang Berbahagia, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS.  Turut hadir bersama Encik Sam Budi, Assistant Controller (Technical Services), Encik Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller (Barrage & Fleet), Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Pentadbiran), Puan Norida Sipek, Pegawai Undang-Undang, Encik Jerry Lenggir, Penolong Pegawai Penguatkuasa (ENF), Encik Johny Kok, Ketua Unit (Fleet), Puan Hafsah Binti Rahman, Ketua Unit (HRM), Puan Roziah Binti Tan Buang, Ketua Unit (Perolehan),  Puan Nur Amiza Yusra Binti Roslan, Ketua Unit (Pentadbiran, ICT & PRU), Puan Lizia Bungai, Penolong Pegawai Tadbir (Kewangan), Encik Peter Law Peng Hui, Penolong Jurutera (Technical and Services), Cik Ratna Dewi Binti Bujang, Penolong Pegawai Pelabuhan (Wilayah II, Sibu), Cik Siti Aisyah Binti Mat Tial, Penolong Pegawai Tadbir (Wilayah II, Sibu), Encik Mohammad Ariffin Bin Haji Bujang, Penolong Pegawai Pelabuhan (Wilayah III, Miri) dan Puan Shirinne Gurau Anak Roster, Pembantu Tadbir (Legal).