News

Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024
Posted on : 23 Feb 2024  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 
Pada 19 Februari 2024, Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Tahun Cina 2024 di Raia Hotel & Convention Center Kuching.  Turut dijemput warga Pengurusan dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi memeriahkan dan menjayakan majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan gimik persembahan Sambutan Tahun baru Cina 2024 iaitu persembahan tarian singa oleh Persatuan Tokong Wong Kung Sien-Sze Kuching dan 'welcoming dance' dari lapan (8) orang kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YB. Dato Ir. Alice Jawan Empaling selaku Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak. 
Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Dalam ucapan beliau, suasana yang penuh semangat, majlis apresiasi sebegini merupakan kesempatan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada kemuncak majlis ini, beberapa penganugerahan bagi kakitangan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan Tahun 2023 (APC), Anugerah Penghargaan Perkhidmatan bagi kakitangan yang bakal bersara pada tahun 2024 dan Anugerah Khas bagi Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian khas daripada Controller, Pegawai dan kakitangan LSS seramai sepuluh (10) orang turut dipersembahkan pada malam tersebut dengan lagu bertajuk Gong Xi Gong Xi dan He Xin Nian.
Terdapat 19 orang penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan LSS Tahun 2023. Manakala Anugerah Penghargaan Perkhidmatan bagi kakitangan yang bakal bersara tahun 2024 kepada Puan Latifah Binti Mohamad Bujang, Encik Hussain Bin Abdul Rani dan Encik Osman Bin Abu Bakar yang telah disampaikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin.
Anugerah Khas Bagi Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak adalah merupakan anugerah penghargaan dalam peristiwa menyelamat orang awam dari cubaan bunuh diri di Terminal Penumpang Kapit pada 5 Januari 2024. Hasil daripada cubaan tersebut, Pembantu Penguatkuasa dan Pembantu Laut yang bertugas pada masa tersebut berjaya menyelamatkan seorang orang awam yang berumur lingkungan 30an dari terjun di jeti Terminal Penumpang Kapit. Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang terlibat adalah Encik Mohd Zailani Han Bin Abdullah dan dibantu oleh Encik Mikey Ak Akang, Encik Geogry Sibat Ak Temeling,  Puan Stephenie Lyvan Jalong dan Encik Jackson Jaong.
Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis makan malam, Timbalan-Timbalan Menteri, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, para jemputan, warga kerja dan kakitangan LSS yang melibatkan semua wilayah.

Sila Klik di Sini Untuk Gambar Seterusnya