Berita

Mesyuarat Koordinasi Persediaan, Perancangan dan Pelan Musim Tengkujuh
Tarikh : 06 Nov 2019  Sumber Berita: LSS Wilayah Selatan, Kuching
 

Mesyuarat

Mesyuarat bersama Sarawak Forestry Corporation(SFC), Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), PDRM, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) , RELA serta pengusaha bot tempatan di Sematan pada 05 Novemver 2019. Tujuan mesyuarat adalah membincangkan pelan koordinasi serta perancangan bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan datang berkaitan dengan Taman Negara Tanjung Datu dan kawasan sekitarnya, agenda utama yang dibincangkan ialah Pendaftaran Lesen & Insuran Bot, Aspek Keselamatan Bot-Bot Penumpang/Pelawat dan Had Penumpang dalam sesebuat bot. Mesyuarat ini juga berusaha untuk mendaftar serta melesenkan bot seterusnya memberi Permit Pengangkutan Sungai kepada pengusaha bot yang beroperasi di kawasan Teluk Melano dan Teluk Serabang, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak diwakili oleh Encik Mohd. Fadzli Bin Noh dan Encik Mahda Bin Kiffpeli.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS