Selamat Menyambut Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak |
Tarikh : 08 Nov 2019 Sumber Berita: Unit PRU & ICT |
Allahumma Solli Ala Nabiyyina Muhammad Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. "Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."_ (al-Anbiya’: 107) Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia hingga akhirat. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak. |