Fungsi-Fungsi Berkanun

Under Section 5 Of The Sarawak Rivers Ordinance, 1993

The functions of the Board as stipulated in  Sarawak Rivers Ordinance, 1993 and Sarawak Rivers  (Amendment) Ordinance, 1997 are: -

Merancang dan mengemukakan saranan kepada Kerajaan Negeri dari segi pembangunan dan menambah baik sistem pengangkutan sungai secara menyeluruh di negeri Sarawak.

Mengambil langkah-langkah yang perlu dan praktikal untuk memastikan sungai-sungai dan pelabuhan-pelabuhan sentiasa bersih dan tidak dicemari oleh sampah, bahan buangan dan kotoran.

Memeriksa, mengkaji dan menetukan penggunaan serta menambah baik kebolehlayaran semua sungai untuk pengangkutan dan mencegah sampah sarap dan sisa-sisa dari kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang sungai.

Mengawal dan mengatur lalu lintas air di perlabuhan dan dermaga atau di sungai dan di pantai di perairan Sarawak.

Mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah atau mengurangkan kadar hakisan tebing sungai bagi melindungi dan mengembalikan keindahan sungai.

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan seperti dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang.

Mencegah sebarang halangan terhadap mana-mana sungai atau laluan air.

Mengemukakan saranan demi keselamatan pelayaran kapal dan pencegahan pelanggaran di sungai. 

Mengendali dan menyelenggarakan sebarang baraj atau pintu air dan mengawal serta mengatur laluan kapal melalui baraj atau pintu air.

Mengurus dan menyelenggarakan sebarang dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang bagi pihak kerajaan atau pihak berkuasa tertakluk kepada semua terma dan syarat yang dipersetujui di antara pihak Lembaga dan pemilik waf, jeti atau terminal mendarat penumpang.

Menjalakan tugas-tugas lain diarahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Menurut perwartaan The Sarawak Government Gazzette Part II Vol. LXXIV (Swk. L.N. 484), bertarikh 1 November 2019, fungsi-fungsi berkanun LSS telah ditambah seperti berikut :-


(a) Peraturan dan keselamatan trafik pesisir dan sungai;


(b) Pembangunan dan pengurusan sistem pengangkutan sungai Negeri;


(c) Pengerukan di sungai dan survei hidrografi;


(d) Pengangkutan termasuk keselamatan pelayaran untuk "specified water bodies";


(e) Penyediaan kemudahan awam untuk pengangkutan pesisir dan sungai;


(f) Waf dan jeti; dan


(g) Pengurusan dan pengawalan untuk kawasan pesisir.