News

PROGRAM KESEDARAN KEBERSIHAN SUNGAI MIRI
Posted on : 02 Dec 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Program

Tarikh : 01 Disember 2019
Tempat : Kampung Pengkalan Lutong, Miri

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah Utara Miri telah menjayakan program ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif program ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kebersihan sungai Miri untuk pengguna sungai dan masyarakat di Miri. 

Perangkap sampah juga akan dipasang di sungai Miri bagi mengurangkan sampah di sungai dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi memastikan kebersihan sungai dapat dikawal dan bebas sampah sarap. Program dimulakan dengan senaman pagi sebelum aktiviti-aktiviti pertandingan mengutip sampah paling banyak di Sungai Miri dan kawasan kampung. Pertandingan melukis juga telah dijalankan untuk peserta warga emas dan ceramah yang disampaikan oleh Encik Angga Maga dari Unit Kebersihan dan Pemuliharaan Sungai, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Encik Felix Bin Petrus dari Pejabat Kesihatan Miri ceramah yang bertajuk Demam Denggi Membawa Maut dan jumlah sampah yang dikutip ialah dianggarkan lebih kurang 300kg. Turut hadir pada program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi LSS, Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian pengangkutan Sarawak, Pemangku Controller Lt. Col. Ding Tiew Wong(Bersara), Assistant Controller Wilayah Utara, En. Leonard Luhat Laing, Cr. Abdullah Bin Jaini, mewakili Datuk Bandar, KK Ali Bin Mat, Ketua Kaum Kampung Pengkalan Lutong dan pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, ahli Miri Local Agenda 21 serta penduduk Kampung.Respon daripada lebih kurang 200 peserta amat memberangsangkan dan penduduk sangat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli Miri LA21 dlm program ini dan menyeru diadakan lagi program seperti ini pada masa depan.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS