News

Perutusan Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sempena Tahun Baru 2019
Posted on : 11 Jan 2019  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 

Controller LSS

Salam sejahtera kepada semua Pegawai, kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan seluruh warga penduduk negeri Sarawak.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan ini. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai dan kakitangan LSS yang melaksanakan dengan jayanya aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018.

Sempena Tahun baru ini, bagi menyahut seruan Ketua Menteri Sarawak menuju ke arah Ekonomi Digital, pihak Lembaga Sungai – Sungai Sarawak telah mengadakan RETREAT 2018 dengan bertemakan ~SRB Goes Digital Wave 1~ bagi membincangkan perancangan bagi tahun – tahun akan datang yang berpandukan Ekonomi Digital secara berperingkat dan berterusan. Saya amat bangga atas kerjasama yang padu dan komitmen tinggi daripada semua Pegawai serta kakitangan dalam menjayakan RETREAT 2018 sebagai salah satu platform dan usaha untuk menyahut seruan menuju ke arah Ekonomi Digital.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali kepada semua Pegawai dan kakitangan serta seluruh warga penduduk Negeri Sarawak SELAMAT TAHUN BARU 2019.

RICHARD TAJAN
Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak