News

Operasi Penguatkuasaan Keselamatan Pengangkutan Sungai Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2019
Posted on : 01 Feb 2019  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 

SRB

SRB

Pelancaran Operasi Penguatkuasaan Sungai Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 yang telah dilangsungkan pagi tadi 01 Feb 2019 bertempat di Terminal Penumpang Sibu, Sibu yang akan dirasmikan oleh Pengerusi LSS, Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili.

Semua ini dilakukan adalah bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat. 

Objektif Operasi adalah :

i. Mencegah bot penumpang daripada membawa muatan penumpang melebihi had yang dibenarkan.
ii.Menguatkuasakan polisi "No Ticket, No Entry".
iii.Memastikan senarai nama penumpang direkod.
iv. Menguatkuasakan Pas Pelepasan dan Borang 10P.
v.Memastikan RTP bot penumpang masih sah tarikh lakunya.
vi.Memastikan operator bot penumpang mematuhi kadar tambang yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
vii.Memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang semasa mengguna terminal dan pengangkutkan sungai.

Kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi daripada semua Pegawai dan kakitangan serta Jabatan Kerajaan yang terlibat untuk menjayakan Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 disamping dapat mempertengahkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagai satu agensi Peneraju Pengangkutan Sungai yang berprestij.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali saya selaku pengerusi LSS ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak LSS kepada semua jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat membantu sama ada secara langsung atau tidak dalam operasi keselamatan pengangkutan sungai kali ini. Untuk semua masyarakat Cina di seluruh negeri, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019 - Gong Xi Fa Chai. Saya doakan agar semua pengguna pengangkutan sungai selamat sampai ke distinasi masing-masing.

Dr. Murni Bin Suhaili
Pengerusi
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak