News

Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) Di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Posted on : 12 Mar 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

IAKKP

Program Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan dilaksanakan oleh Pasukan Inspektorat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri pada 12 & 13 Mac 2019 di Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Controller LSS, Tuan Richard Tajan telah menyampaikan taklimat sebelum audit ini dijalankan selama 2 hari yang dihadiri oleh pegawai LSS dari seluruh Sarawak dan pegawai Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak.
Inspektorat Khas ini adalah bagi mengiktiraf tadbir urus Keselamatan Perlindungan yang terbaik di agensi Kerajaan di Negeri Sarawak dalam usaha ke arah meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan secara konsisten mengamal, melaksana dan menguatkuasakan Keselamatan Perlindungan.