News

Pelancaran Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Persekolahan Tahun 2019
Posted on : 23 May 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Majlis Pelancaran

Pelancaran Kempen ini telah dilangsungkan pagi tadi pada 23 Mei 2019 bertempat di Terminal Penumpang Kapit yang akan dirasmikan oleh YB Wilson Nyabong yang mewakili YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Semua ini dilakukan adalah bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa
menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat. 


Objektif Operasi adalah :


i. Mencegah bot penumpang daripada membawa muatan penumpang melebihi had yang dibenarkan.
ii.Menguatkuasakan polisi "No Ticket, No Entry".
iii.Memastikan senarai nama penumpang direkod.
iv. Menguatkuasakan Pas Pelepasan dan Borang 10P.
v.Memastikan RTP bot penumpang masih sah tarikh lakunya.
vi.Memastikan operator bot penumpang mematuhi kadar tambang yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
vii.Memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang semasa mengguna terminal dan pengangkutkan sungai

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS