News

PERUTUSAN CONTROLLER
Posted on : 29 May 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

pERUTUSAN

Salam Sejahtera kepada semua Pegawai dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta warga perkapalan dan rakan – rakan sekalian.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan ini Sempena Perayaan Hari Gawai , Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Persekolahan Tahun 2019, Pihak Lembaga Sungai – Sungai Sarawak akan mengadakan Operasi Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Persekolahan Tahun 2019 bermula pada Fasa I 24 Mei 2019 hingga 30 Mei 2019 dan Fasa II 3 Jun 2019 hingga 9 Jun 2019. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tidak ada berlaku kemalangan sungai dan para penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

Majlis Pelancaran Operasi Penguatkuasaan Sungai Sempena Perayaan Hari Gawai , Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Persekolahan 2019 telah diadakan pada 24 Mei 2019 bertempat di Terminal Penumpang Sibu, Sibu yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Daruk Haji Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak.

Semua ini dilakukan bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat.

Saya amat bangga atas kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi daripada semua Pegawai serta kakitangan untuk menjayakan Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Hari Gawai , Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Persekolahan 2019 disamping dapat mempertengahkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagai satu agensi Peneraju Pengangkutan Sungai yang berprestij. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

Akhir sekali kepada semua Pegawai dan kakitangan Lembaga Sungai – Sungai Sarawak serta warga perkapalan dan rakan – rakan yang bakal merayakan perayaan Hari Gawai, SELAMAT HARI GAWAI “GAYU GURU GERAI NYAMAI”, kepada yang beragama Islam saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

RICHARD TAJAN
Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak