News

Taklimat Keselamatan Sungai Anjuran Pejabat Pergigian, Bahagian Sibu
Posted on : 22 Jun 2019  Source of News: LSS Wilayah Tengah, Sibu
 

Taklimat

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah Tengah Sibu, dijemput untuk memberi ceramah berkaitan Keselamatan dan Kebersihan Sungai yang diadakan di Wisma Persekutuan, Sibu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Nichol Agoi dan dibantu oleh Encik Henry ak. Bayang yang dihadiri oleh staf Pergigian, Bahgian Sibu. Aktiviti demostrasi teknik-teknik menyelamat menggunakan tali telah dilaksanakan oleh peserta program ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS