News

Program Kesedaran Keselamatan Dan Kebersihan Sungai
Posted on : 03 Oct 2019  Source of News: LSS Wilayah Selatan, Kuching
 

Program

Program Kesedaran Keselamatan Dan Kebersihan Sungai.
Tarikh: 02 Oktober 2019
Tempat : SK Sebuyau Ensengei, Simunjan.

Tahniah dan Syabas kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah Selatan, Kuching kerana telah berjaya menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di SK Sebuyau Ensengei, Simunjan. Peserta yang hadir terdiri daripada
seluruh warga sekolah, PIBG Sekolah, Ketua- ketua masyarakat serta penduduk kampung seramai lebih kurang 200 orang terlibat dalam program ini. Antara pengisian program adalah adalah ceramah daripda agensi NREB, DOE, Demontrasi keselamatan, pameran, pertandingan mewarna dan kuiz serta sesi soal jawap bersama guru guru dan penduduk kampung. Antara Penceramah jemputan adalan Puan Norlynnsion Sedan Anak Sission dari Jabatan Alam Sekitar, dengan tajuk ceramahnya : Alam Sekitar Dan Kesan Pencemaran manakala Encik Wilie Ak Micheal Jepus dari Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak dengan tajuk ceramahnya Alam Sekitar Dan Punca-Punca Pencemaran dan dua ceramah LSS di sampaikan oleh PP Mahda Bin Kiffpeli dengan tajuk Peranan LSS dalam Pemuliharaan Sungai serta Tanggungjawab Masyarakat disungai. Pertandingan mewarna melibatkan pelajar PRA Sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. DEMONTRASI penggunaan jaket keselamatan dan alat alat keselamatan di sungai serta tindakan awal kecemasan dan cara menyelamat di sungai juga telah dilaksanakan oleh PP Mahda Kiffpeli.


LSS Wilayah Selatan merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Encik Zemi Bin Bujang dan seluruh warga SK Sebuyau Ensengei, Simunjan di atas sambutan dan kerjasama yang amat baik serta telah menjayakan program ini dengan sebaik baiknya. Perasmian penutupan program di lakukan oleh Encik Mohd Fazdli Bin Haji Noh yang mewakili Assistant Controller Wilayah Selatan, Kuching. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara lansung atau pun tidak langsung.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS