News

Majlis Apresiasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah Selatan Kuching & Ibu Pejabat
Posted on : 29 Oct 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

maklumat lanjut

Majlis anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang bertema "Denim & leather" bagi meraikan pegawai Wilayah Selatan Kuching dan Ibu Pejabat yang mendapat Anugerah Perkihdmatan Cemerlang tahun 2018. Penerima APC tahun 2018 Wilayah Selatan Kuching ialah Encik Awang Khairuddin B. Awang Buan, Encik Mohd. Adli B. Siri Ibu Pejabat Encik Roslan B. Nasron ,Puan Nur Amiza Yusra Bt. Roslan, Cik Chong Wan Ju, Wan Hurang, Encik Helmee B. Kamaruddin, Encik Sang Rajuna dan, Encik Jose ak Galang. Persembahan tarian dan karaoke dipersembahkan oleh kakitangan Wilayah Selatan dan Iibu Pejabat. Ucapan pembukaan majlis disampaikan oleh Tuan Julaili B. Shahmad dan ucapan Tuan Controller Ir. Richard Tajan serta tayangan video khas kepada Controller yang akan kembali bertugas ke Jabatan Kerja Raya Sarawak pada bulan depan, di hotel terkemuka di Kuching. Akhir majlis LSS menyampaikan replika Perahu Tambang sebagai kenang-kenangan untuk Controller. Seluruh warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada kami di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS