News

Taklimat Jawatan Kuasa Teknikal Sarawak Regatta 2019 Edisi ke147. "Race For Harmony"
Posted on : 31 Oct 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

regatta 2019

Taklimat akhir jawatan kuasa ini telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2019 di Amphitheater, Kuching Waterfront. Jawatan Kuasa ini diketuai oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan dibantu oleh Jabatan Laut Sarawak, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Controller Tuan Lt Kol Ding Tiew Wong (B) yang berusaha keras untuk memastikan aspek Keselamatan dan kelancaran regatta tahun ini lebih teratur serta terbaik. Pengerusi LSS Dr. Murni bin Suhaili juga memberi amanat kepada petugas-petugas Sarawak Regatta 2019 agar segala perancangan berjalan lancar dan tiada kemalangan yang tidak diingini direkodkan serta memberi kepercayaan penuh kepada petugas-petugas regatta. Turut hadir Encik Zul bin Usop wakil dari Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS