News

PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN PENGANGKUTAN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2020
Posted on : 15 Jan 2020  Source of News: Unit ICT
 

CNY1

PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN PENGANGKUTAN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2020 YANG DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATUK LEE KIM SHIN, MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK

Tarikh: 14 Januari 2020
Tempat : Terminal Penumpang Sibu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2020, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah melancarkan Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai di seluruh Negeri Sarawak. Kempen ini akan dilaksanakan melalui Operasi Penguatkuasaan di sungai dan terminal penumpang yang menjadi tumpuan komuniti yang menggunakan pengangkutan air di seluruh Negeri Sarawak dalam 2 fasa seperti berikut:

a. Fasa Pertama dari 21– 23 Januari 2020.
b. Fasa Kedua dari 1 – 2 Februari 2020.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi LSS dan ucapan perasmian oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, sejurus itu YB Datuk Lee Kim Shin telah menyerahkan Jaket Keselamatan dan Bayaran Subsidi Minyak Diesel kepada pengusaha bot penumpang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada operasi perayaan Hari Gawai Dayak 2019.

YB Datuk Lee Kim Shin bersama Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak,
Ahli Lembaga Pengarah LSS Dato Chieng Buong Toon, Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Timbalan Residen Sibu Encik Wong Hee Sieng, Pemangku Controller Lt. Col. Ding Tiew Wong(Bersara), Assistant Controller Wilayah Tengah, Tuan Haji Hatta Bin Haji Morshidi dan pegawai-pegawai menyerahkan cenderahati kepada pengguna bot ekspres yang beroperasi sektor Kapit, Song dan Kuching. Majlis ini turut dihadiri oleh lebih kurang 250 Pegawai dan kakitangan dari pelbagai Jabatan and Agensi Kerajaan, Ketua-Ketua Kaum dan pengusaha bot ekspres sektor Kapit, Song dan Kuching.


Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin mengingatkan pengendali bot ekspres dan penumpang supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), adalah penting bagi pengendali bot ekspres dan penumpang untuk mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. Menurutnya, kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku adalah faktor kecuaian manusia itu sendiri. Beliau memuji inisiatif dijalankan oleh LSS melalui kempen keselamatan berkenaan yang mampu memberi kesedaran dan maklumat kepada orang awam mengenai betapa pentingnya untuk mengambil berat mengenai keselamatan semasa menggunakan pengangkutan sungai.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempunyai pegawai di setiap terminal penumpang bot ekspres, di mana para pegawai tersebut akan sedia untuk membantu dan memberi khidmat kepada masyarakat dan pengusaha bot ekspres bagi menjaminkan pengendalian dan pengurusan pengangkutan sungai adalah cekap dan selamat.

Menurutnya lagi, fasa pertama pelaksanaan kemudahan sistem e-tiket akan memudahkan urusan membelian dan tempahan tiket secara online yang melibatkan bot-bot ekspres di laluan Sibu, Kapit, Song dan Kuching yang sedang dalam proses menungu kelulusan daripada Lembaga Multimedia Sarawak(SMA) untuk e-ticketing menjelang separuh kedua tahun ini.

Saya ingin mengingatkan para penumpang yang balik kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina ini supaya mematuhi segala peraturan berhubung keselamatan ketika menggunakan pengangkutan sungai.

Akhir sekali kepada semua pegawai dan kakitangan serta warga penduduk Negeri Sarawak yang bakal merayakan perayaan Tahun Baru Cina dan selamat bercuti kepada yang lain, SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020 "KONG XI FA CAI".

YB DATUK LEE KIM SHIN
MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK