News

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Posted on : 16 Feb 2020  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Program

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI

Tempat : Kampung Muhibbah, Kuala Baram
Tarikh : 15 Februari 2020
Masa : 06.30pagi

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah III Miri telah menjayakan program ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan
dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan sungai dan kawasan kampung. Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak tadika sekitar kampung. Selain itu ceramah kesedaran awam juga disampaikan oleh Puan Rahimah Bt. Ramlee dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang bertajuk Kebersihan Diri dan Kebersihan Persekitaran. Turut menyampaikan ceramah ialah Encik Angga Maga dari Unit Kebersihan dan Pemuliharaan Sungai, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 1,018kg.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian pengangkutan Sarawak, Pemangku Controller Lt. Col. Ding Tiew Wong(Bersara), Assistant Controller Wilayah III, Encik Leonard Luhat Laing, Encik Henry Jalin, Timbalan Setiausaha Bandaraya Miri, Puan Siti Nurhajjah Bt. Bakar wakil pejabat Residen Miri, Ketua Kaum Kampung Muhibbah En. Nordin Yusoff, Puan Dayang Siti Nurbaya Pegawai SDGs.

Seramai 250 peserta program telah dihadir terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli Miri SDGS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.

Tahniah dan syabas LSS Wilayah III Miri dan warga penduduk/agensi yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS