News

KEMPEN KESEDARAN AWAM KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI
Posted on : 02 Jul 2020  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 
Tempat : New Limbang Custom Wharf Main Bazaar, Limbang
Tarikh : 29 Jun 2020(Isnin)
Masa : 10:00pagi - 15:00 petang
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Limbang, Wilayah III Miri telah menjayakan program ini yang dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk di Limbang khususnya kepada Bot-Bot Penambang tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.

104866710_726086931541892_7915303835198303558_o.jpg

104942251_726086998208552_5888208053881348901_o.jpg

Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Cik Diana Essa dari Majlis Daerah Limbang yang bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal, ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Hamzah Bin Aji dari Jabatan Laut Wilayah Sarawak yang bertajuk Prosedur Asas Pelesenan dan Shamsul Bin Awang Damit juga dari Jabatan Laut Wilayah Sarawak yang bertajuk Pendaftaran Pelaut dan Sijil Kekompetenan Mate Domestic (Restricted) dan ceramah terakhir disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Shah dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Limbang yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan Pengangkutan Sungai & Keperluan River Transport Permit(RTP)

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak; Encik Teo Siew Ann, Pegawai Tugas Khas, Kementerian Pengangkutan Sarawak; Tuan Haji Sebi Bin Haji Abang, Timbalan Residen Limbang; Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller, Wilayah III Miri.
Seramai 100 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta ahli-ahli Persatuan Penambang Limbang yang berjumlah 30 peserta dari 4 kampung iaitu Kampung Seberang Kedai, Kampung Limpaku Pinang, Kampung Pengkalan Rejab dan Kampung Belatak di sekitar Limbang.
Maklum balas dari penduduk kampung dan peserta Persatuan Penambang Limbang amatlah menghargai Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan ini dan menyeru Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk mengadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Limbang dan Wilayah III Miri serta peserta/agensi yang terlibat.