Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Tarikh : 06 Sep 2020  Sumber Berita: Unit PRU, LSS
 

banner

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, merangkap ADUN N.75 Senadin. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan sungai dan kawasan kampung. Beberapa pertandingan telah
dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak dan warga emas. Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas  dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan ceramah seterusnya disampaikan oleh Cik Hawiena binti Husaini dari Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, (NREB) yang bertajuk Pembakaran Terbuka.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, En. Morshidi Frederick, Setiausaha, Majlis Bandaraya Miri, En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Encik Mohamad Yusop Bin Haji Sulaiman, Ketua kampung Batu 1, Kuala Baram.

Majlis diakhiri dengan majlis penyerahan jaket keselamatan kepada penduduk kampung dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati. Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 860 kg.

Seramai 150 peserta program telah dihadiri terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.

Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri), Agensi Kerajaan/ NGO serta semua peserta yang terlibat.

Jumpa lagi pada program akan datang.