News

Penglibatan LSS Di Dalam Membantu Usaha Membentung Penularan Pandemik Covid-19.
Posted on : 03 Jun 2021  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


untuk melihat gambar lagi klik sini

I. Pada 25 Mei 2021, Program Imunisasi Kebangsaan bertempat di kampung Paloh yang melibatkan 2 anggota Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Tanjung Manis menggunakan Bot Laju SRB 13 telah membawa 1 staf Kementerian Pendidikan Malaysia Belawai, 2 staf Jabatan Penerangan Sarawak dan 3 anggota Polis. 

II. Pada 27 Mei 2021 pula 2 anggota Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Tanjung Manis menggunakan Bot Laju SRB 13 telah membawa 6 staf Kementerian Kesihatan Malaysia, Belawai ke kampung Stalon bagi Swab Test. 

III. Pada 1,2 & 4 Jun 2021 2 anggota Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Tanjung Manis menggunakan Bot Laju SRB 13 telah membawa 7 staf Kementerian Kesihatan Malaysia, Belawai ke kampung Stalon bagi Active Case Detection (ACD) sekitarnya bagi membentung penularan Covid19 dan selesai tugas Bot Laju SRB 13 dan Terminal Penumpang Tanjung Manis telah disanitasi pihak BOMBA. 

IV. Dijadualkan pula pada 6,8,10,12,& 14 Jun 2021 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan membawa 2 anggota Polis dan 4 RELA ke kampung Stalon untuk tugasan kawalan keselamatan.. V. Manakala di Kapit mengedar Notis Riverine dan memantau pematuhan SOP kepada pengguna perahu panjang dan perahu penambang disekitar Kapit mengunakan bot laju SRB dan Bot Peronda Polis.