News

Penglibatan LSS Dalam Program Outreach Vaksinasi Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19 Pelajar Sekolah di Kampung Paloh, Tanjung Manis, Bahagian Mukah.
Posted on : 11 Sep 2021  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Pada 11 September 2021, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Tanjung Manis telah membantu Program Outreach Vaksinasi Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah bagi remaja berumur 16 hingga 17 tahun yang berjumlah 36 pelajar sekolah disekitar Kampung Paloh di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Paloh.



Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menggunakan logistik Bot Penguatkuasa SRB 13 untuk membawa 8 staf Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Belawai dan 2 anggota LSS yang bertolak dari Terminal Penumpang Tanjung Manis ke Kampung Paloh dan balik semula ke Tanjung Manis setelah selesai tugasan.

Program dikordinasi oleh Pejabat Residen Bahagian Mukah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Mukah, Daerah Tanjung Manis, Belawai, Bahagian Mukah dan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

#staysafe #stayvigilant #stayhealthy #savelives #jagasarawak #lindungidirilindungisemua #IntuSarawak