Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Sarawak Rivers Board

Penyerahan Sijil Projek Siap Tender "The Proposed New Structures at New Existing R. C. Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu.
Posted on : 30 Sep 2021  Source of News: Unit PRU Ibu Pejabat LSS
 

                   

        Penyerahan Sijil Projek Siap Tender "The Proposed New Structures at New Existing R. C. Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu. Pada 28 September 2021, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg Dr Murni Suhaili telah menyerahkan Certificate of Practical Completion kepada pihak Kontraktor iaitu Syarikat Shar Permata dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Datuk Lee Kim Shin di R. C Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu. 

         Turut hadir adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, YBhg Datu Buckland Bangik, Dato Chieng Buong Toon, Ahli Jemaah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Encik Micheal Tiang Ming Tee, Wakil Persatuan Kapal Bandung, Rakan Media, Pemangku Controller, Lt Kol Ding Tiew Wong (B) serta Staf Wilayah 2 LSS. YB Menteri Pengangkutan Sarawak bersama para hadirin turut melawat struktur baru waf yang telah siap dibina dengan menggunakan sumber dana dari Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM862, 182.75 yang melibatkan pembinaan baru 6 yunit pontoon, 6 yunit guide pile, 2 yunit lampu suar dan menaiktaraf laluan ke pontoon.

       Kemudahan fasiliti ini akan digunakan oleh kapal Bandung (Double Decker) yang membawa barang-barang keperluan harian dan kargo di Bahagian Kapit, Sungai Rajang dan Bahagian Mukah, Batang Igan. Di samping itu, ianya juga merupakan lokasi pendaratan untuk kapal penumpang yang menghubungkan Bandar Sibu dengan Kampung Engkilo. Penyiapan projek ini secara langsung dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan, kecekapan dan keselesaan kepada masyarakat perkapalan dan Rakyat yang fasiliti ini.


Untuk gambar yang seterusnya sila klik di sini