News

Majlis Penyerahan Sijil Setuju Terima Untuk Tender "The Proposed Dredging Work At Sarawak Rivers Board's Berthing Alongside Facilities At Kuala Baram.
Posted on : 15 Oct 2021  Source of News: Lembaga sungai-sungai sarawak
 


Pada 15 Oktober 2021, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg Dr Murni Suhaili telah menyerahkan Sijil Setuju Terima Untuk Tender "The Proposed Dredging Work At Sarawak Rivers Board's Berthing Alongside Facilities At R.C. Wharf, Kuala Baram Miri" kepada pihak Kontraktor iaitu Syarikat Sara-Chem Sdn. Bhd. dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Datuk Lee Kim Shin.
Kemudahan fasiliti ini akan digunakan oleh kapal yang berlabuh terutama kapal kargo yang membawa muatan umum seperti bahan binaan dan bekalan makanan dari Kuching, Sibu dan Miri ke Marudi.
Waf ini juga akan digunakan oleh Sarawak Coastguard dan kapal sokongan luar pesisir untuk meredakan kesesakan lalu lintas sungai di Sungai Miri. Projek ini secara langsung dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan, kecekapan dan keselesaan kepada masyarakat perkapalan dan Rakyat yang menggunakan fasiliti ini.

YB Menteri Pengangkutan Sarawak bersama para hadirin turut melawat tapak kerja pengorekan dihadapan waf kargo menggunakan sumber dana dari Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM642,500.00 yang kerja pengorekan sehingga kedalaman 5.00 meter di paras air surut dan keluasan 120 meter dengan lebar 20 meter di tempat berlabuh dan hidrografi survei untuk kerja pengorekan sebelum dan selepas untuk menentukan kedalaman yang dicapai sebagai hasil operasi pengorekan.

Turut hadir adalah YBhg Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt Kol Ding Tiew Wong (B) Pemangku Controller, Puan Rose Edward, Timbalan Residen Miri , Ir. Che Abu Bakar Che Said, Majlis Bandaraya Miri, Encik Toe Swee Ann, Tiong King Wei Pegawai Penasihat dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Leonard Luhat laing, Assistant Controller Wilayah 3 Miri, Puan Rosita Bt. Haji Borhan, JKKK Kampung Muhibbah, Encik Mohamad Azif Amin Bin Abdullah, JKRT Kampung Muhibbah, Encik Ismawi Bin Fauzi Pemangku, Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Muhibah, Rakan Media serta Staf Wilayah 3 LSS.