News

MAJLIS SIMBOLIK PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 6.0 (BKSS6.0)
Posted on : 20 Nov 2021  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik sini untuk gambar seterusnya.

9 November 2021 - YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menyempurnakan Majlis Simbolik Penyampaian Bantuan Sarawakku Sayang 6.0 (BKSS 6.0) - Meringankan Beban Rakyat: One-Off Financial Assistance to Penambang in Sarawak. 

Bantuan Kewangan Secara One-Off sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengusaha bot penambang di Sarawak yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada 28 Mei 2021. 

Majlis pada hari ini bermula dengan penyampaian cek kepada 12 pengusaha bot penambang yang beroperasi di tebingan s Batang Kemena, Bintulu oleh YB Menteri Pengangkutan Sarawak.Majlis ini berlangsung di Terminal Penumpang Bintulu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bintulu. Majlis diteruskan dengan penyampaian cek kepada 8 penguasha bot penambang di Terminal Penumpang Sibu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Sibu. 

YB Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak memahami keadaan kehilangan punca pendapatan yang dihadapi oleh pemilik dan pengusaha bot penambang semasa penguakuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Justeru itu, diharapkan bantuan secara one-off ini dapat sedikit sebanyak membantu mengharungi kesusahan yang dihadapi. Para pengusaha dan pemilik bot penambang yang hadir di kedua-dua majlis turut diberi baju 'Friend of Rivers' yang mana ianya merupakan salah satu plan tindakan untuk meningkatkan kesedaran kebersihan dan keselamatan sungai masyarakat umum oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.