News

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Posted on : 22 Nov 2021
 
Sila Klik Di Sini Untuk Gambar Seterusnya

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI. 
Tempat : Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri. 
Tarikh : 21 November 2021
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif Program Pendidikan Kesedaran Kebersihan dan Keselamatan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk tali persaudaraan serta mengeratkan semangat perpaduan dikalangan staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Program dimulakan dengan pertandingan mewarna dikalangan kanak-kanak Tadika/Sekolah yang telah dijalankan lebih awal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini dan ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas Ak Noping dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama, Encik Najib Bin Drahman dari Jabatan Kesihatan Bahagian Miri ceramah yang bertajuk Covid 19, Rabies & Denggi dan Encik Awang Kamarudeen Bin Awang Ahmad dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Kepentingan menjaga Alam Sekitar dan pameran serta promosi Askar Wataniah oleh Tentera Darat Malaysia. 
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, YBhg. Puan Melissa Labut, wakil Residen Bahagian Miri, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lt. Kol. Rozaid Bin Dato’ Badrulzaman, Pegawai Memerintah Batalion Ke-20 RAMD Miri, Encik Mohd Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller Wilayah III Miri, Penghulu Nasir Bin Haji Abdul Rahim dan Kaunselor-Kaunselor.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin telah menyerahkan beberapa tong sampah kepada KK Encik Mohd. Yusof Bin Haji Sulaiman Kampung Batu Satu telah menyerahkan beberapa tong sampah kepada Penghulu Kampung, Kuala Baram dan 50 Jaket keselamatan kepada 50 orang nelayan, Kuala Baram serta menyampaikan hadiah Pertandingan Mewarna kepada para cikgu dan cenderahati kepada penceramah. Sebagai tanda kenangan program ini, para tetamu jemputan dan peserta program turut diberi T-shirt Friend of Rivers salah satu plan tindakan menyemai kesedaran kepentingan sungai di kalangan masyarakat setempat. Seramai 180 peserta program telah hadir terdiri daripada ahli SDGS yang terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dan MBM dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri), Majlis Bandaraya Miri, Rakan Media serta ahli SDGs yang terlibat.