News

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Posted on : 29 Nov 2021
 

Slide1.JPG

Sila Klik Disini Untuk Gambar Yang Seterusnya

Tempat : Kampung Pengkalan Lutong, Miri.

Tarikh : 27 November 2021

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif Program Pendidikan Kesedaran Kebersihan dan Keselamatan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk tali persaudaraan serta mengeratkan semangat perpaduan dikalangan staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.

Program dimulakan dengan pertandingan mewarna dikalangan kanak-kanak Tadika/Sekolah yang telah dijalankan lebih awal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini dan ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas Ak Noping dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama, Dr. Jody Yii Sze Lin dari Jabatan Kesihatan Bahagian Miri dengan ceramah yang bertajuk Covid 19, dan Kapt Liew Min Fuei (AW) dari Rejimen 510 Askar Wataniah dengan ceramah yang bertajuk Peranan Askar Wataniah. Tentera Darat Malaysia juga terlibat bersama program pada kali ini dengan mengadakan pameran peralatan  ketenteraan serta promosi Askar Wataniah.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Pegawai Kanan,  Kementerian Pengangkutan Sarawak, Puan Doris Urai Langat, Wakil Residen Bahagian Miri, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Mej Winsley ak. Lita, Rejimen 510 Askar Wataniah Miri, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III,  Miri, Tuan Haji Ali Bin Mat, Ketua Kampung Pengkalan Lutong dan penduduk kampung.

Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin dengan menyerahkan beberapa tong sampah kepada KK Encik Haji Ali Bin Mat Kampung Pengkalan Lutong,  dan 31 Jaket keselamatan kepada 31 orang nelayan, Kampung Pengkalan Lutong serta menyampaikan hadiah pertandingan mewarna kepada para cikgu dan cenderahati kepada penceramah. Sebagai tanda kenangan program ini, para tetamu jemputan dan peserta program turut diberi T-shirt Friend of Rivers salah satu plan tindakan menyemai kesedaran kepentingan sungai di kalangan masyarakat setempat. Seramai 120 peserta program yang hadir terdiri daripada  beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III, Miri) serta yang terlibat.