News

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) DI TAMAN NEGARA LOAGAN BUNUT,MIRI
Posted on : 06 Aug 2022  Source of News: Lembaga sungai-sungai sarawak
 

WhatsApp Image 2022-08-03 at 15.37.20 (1).jpeg

untuk gambar seterusnya sila klik disini

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) - ONE-OFF FINANCIAL ASSISTANCE TO PENAMBANG IN SARAWAK 2022 DI TAMAN NEGARA LOAGAN BUNUT, MIRI

Tarikh : 3 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Conference Room, Taman Negara Laogan Bunut, Miri

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf LSS dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.

Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan dengan menyerahkan cek Bantuan Khas Sarawakku Sayang (8.0) berjumlah RM500.00 kepada 4 orang penambang dan 40 jaket keselamatan kepada pengusaha dan penambang yang beroperasi di Taman Negara Loagan Bunut dan penduduk dari Kampung Loagan Bunut.

Di kesempatan ini, Timbalan Menteri Pengangkutan dan rombangan telah menyusuri Taman Negara Loagan Bunut dengan menggunakan bot untuk melihat sendiri keadaan persekitaran pengoperasian bot dan pada masa yang sama menikmati pemandangan dan kecantikan tasik Taman Negara Loagan Bunut.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Mohd. Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller Wilayah III, Miri, Puan Marliney Igil, Pemangku Pegawai Daerah Beluru, Kaunselor Jimmy Tinggang, Kaunselor Andrious Ding, Encik Anthony Chong, Park Warden SFC, Ketua Kaum Dennis Ajang Jalin, penduduk Kampung Loagan Bunut dan para jemputan.

Seramai 70 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Loagan Bunut serta sekitarannya. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah 3 serta semua yang terlibat.