News

Program Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” Di Laluan Navigasi Sungai Di Long Kebuho, Empangan Bakun
Posted on : 06 Sep 2022  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 
Program Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” Di Laluan Navigasi Sungai Di Long Kebuho, Batang Balui, Empangan Bakun, Belaga
Tarikh: 5/09/2022-06/09/2022
 
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan program gotong-royong ini dan  telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato’ Sri Lee Kim Shin. Objektif Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” ini adalah bertujuan untuk membersihkan kayu-kayan di sungai yang menjejaskan laluan navigasi penduduk di Long Kebuho, Batang Balui, Empangan Bakun.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Lee Kim Shin pada 6 september 2022 dengan simbolik mengikat tali yang memerangkap “floating debris”. Manakala program gotong-royong mengikat dan memerangkap “floating debris” telah diadakan pada 5hb September 2022 dan berakhir jam 2.00 petang. 
Dalam ucapan beliau, program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai pada masyarakat. Di dalam memastikan keselamatan pelayaran untuk masyarakat setempat yang menggunakan sistem pengangkutan sungai terutamanya di dalam empangan Bakun ini, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mendirikan enam (6) unit papan tanda indikasi jarak di Jeti Awam Bakun, Sungai Linau, Batang Balui, Sungai Murum dan Sungai Belepeh. Empat (4) unit papan tanda “Wear Life Jacket for Your Safety” juga didirikan di Sungai Linau, Batang Balui, Sungai Murum dan Sungai Belepeh. Bersempena dengan majlis itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga telah menyerahkan sebanyak 40 jaket keselamatan kepada Ketua Kaum dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan, Kebersihan dan Keselamatan Kampung, Long Kebuho.
YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak atas usaha menganjurkan program gotong-royong membersih “floating debris” di laluan navigasi sungai Long Kebuho.
Turut hadir menjayakan program adalah Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, ADUN N.66 Murum, YB Encik Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N. 61 Pelagus, YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, Setiasusaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datu Buckland Bangik, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ybhg. Dr. Murni Suhaili, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Pegawai Daerah Belaga, Puan Bidah Lujah, Chief Executive Officer SEB Power, Ir. Bunyak Lunyong, Pemanca Tony Kulleh, Ketua Kaum Long Kebuho, Encik Aging Bato, dan juga pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Sarawak Energy Berhad dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Program Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” Di Laluan Navigasi Sungai Di Long Kebuho, Empangan Bakun

Tarikh: 05/09/2022-06/09/2022

Masa: .800 pagi

Tempat: Long Kebuho, Empangan Bakun, Belaga