News

Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2022
Posted on : 25 Sep 2022
 

Sila Klik Di Sini Untuk Gambar Seterusnya

Tarikh : 24 September 2022

Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Pengkalan Lutong, Miri

Lembaga Sungai- Sungai Sarawak telah menganjurkan program sambutan Hari Sungai Sedunia 2022 dan dirasmikan oleh, Menteri Pengangkutan Sarawak ,Yang Berhormat Dato’ Sri Lee Kim Shin. Objektif program ini adalah untuk memperingatkan bahawa kepentingan Sungai kepada masyarakat dan alam sekitar pada masa kini dengan bertemakan ‘Alur Air Dalam Komuniti’ atau ‘Waterways in Our Community’.

Sempena sambutan pada tahun ini, aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan gotong-royong kuitp sampah sambil riadah kawasan Pengkalan Lutong, Miri  turut diadakan di sebelah pagi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Lee Kim Shin pada sebelah petang dengan kerja-kerja pembersihan gondok air dan tumbuhan air di Sungai Miri dari Jambatan Lutong sehingga Jambatan Pujut. Seterusnya YB Menteri Pengangkutan dan semua jemputan telah meninjau “Floating Boom Barriers” yang telah dipasang di Jambatan Miri Bypass pada 25 Ogos 2022 iaitu inisiatif terkini dalam usaha untuk membendung sampah hanyut ke hilir Sungai Miri.

Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pengangkutan menekankan bahawa program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai di kalangan masyarakat. Disamping itu beliau juga menyeru agar pengusaha semua jenis perusahaan yang terletak di tebingan sungai agar tidak membuang sisa sisa buangan ke dalam sungai agar sungai tidak tercemar dan keselamatan pengguna sungai terjamin.

Bersempena dengan majlis itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga telah menyerahkan sebanyak 20 jaket keselamatan kepada wakil ahli parti pemuda Pengkalan Lutong, Miri merangkap juara raja sungai sempena Regatta Niah tahun 2022.

YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak atas usaha menganjurkan program sambutan pada tahun ini.

Turut hadir ialah YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak , YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang, Adun N.74, Pujut, merangkap Datuk Bandar Miri, Kaunselor Jeffry Pang, Majlis Bandaraya Miri, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard luhat Laing, Assistant Controller wilayah III, Miri, Penghulu Nasir bin Hj. Abdul Rahim, Kawasan Lutong, Miri, Tuan Hj. Ali bin Mat, Ketua Kampung Pengkalan Lutong, Miri dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua kaum Kampung pengkalan Lutong, Miri.

Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.