News

Penyerahan Cek dan Sumbangan Ikhlas Staf LSS Kepada PA Encik Abu Bakar Bin Ramali
Posted on : 10 Mar 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Penyerahan Cek dan Sumbangan Ikhlas Staf LSS Kepada PA Encik Abu Bakar Bin Ramali

Tarikh  : 10 Mac 2023 @ 11.15 pagi

Tempat : Rumah Kediaman, PA Encik Abu Bakar Bin Ramali di kampung Piasau Utara, Miri

Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili pengerusi LSS bersama-sama rombongan dan kakitangan LSS telah menziarahi rumah kediaman PA Encik Abu Bakar Bin Ramali di Kampung Piasau Utara, Miri. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Ahli Lembaga Pengarah LSS, Pemanca Kane Manong,Pemangku Controller, Lt. Kol Ding Tiew Wong, Assistant Controller Pentadbiran, Encik Leonard Luhat Laing serta Pegawai LSS yang terlibat. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pengerusi LSS turut menyerahkan cek bantuan dan sumbangan kepada isteri Encik Abu Bakar iaitu Puan Noorshazwani Abdullah sebagai bantuan meringankan beban bagi keluarga Encik Abu bakar Bin Ramali.

Sehubungan dengan itu, beliau merupakan kakitangan LSS yang sudah berkhidmat selama 29 tahun telah pun bersara awal pada 1 Januari 2023 akibat masalah kesihatan yang dialami. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota kakitangan yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan selama 29 tahun .

 Sila Klik Disini Untuk Gambar Seterusnya