News

Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram
Posted on : 16 Mar 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 
Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram
Tarikh: 10 Mac 2023
Tempat: Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram
Pada 10 Mac 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep berserta ADUN N.76 Marudi, YB Datuk Dr. Penguang Manggil. Gotong-royong telah diadakan pada hari sebelumnya yang disertai oleh 40 orang penduduk kampung. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan bersama ADUN N.76 Marudi, YB Datu Dr Penguang Manggil dengan menyerahkan 30 jaket keselamatan kepada penduduk Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III, Miri, Encik Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru, Ketua Kampung Dennis Anak Jalin, Encik Nasir Bin Razali, Penolong Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat, BPP Lopeng, Encik Unong Sema, Penolong Pegawai Perubatan, KK Long Lama,
penduduk Kampung Loagan Bunut dan para jemputan.
Seramai 300 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Loagan Bunut serta sekitarannya. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah III, Miri serta semua yang terlibat.

Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram

Tarikh: 10 Mac 2023

Tempat: Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram

Pada 10 Mac 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep berserta ADUN N.76 Marudi, YB Datuk Dr. Penguang Manggil. Gotong-royong telah diadakan pada hari sebelumnya yang disertai oleh 40 orang penduduk kampung. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.

Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan bersama ADUN N.76 Marudi, YB Datu Dr Penguang Manggil dengan menyerahkan 30 jaket keselamatan kepada penduduk Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III, Miri, Encik Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru, Ketua Kampung Dennis Anak Jalin, Encik Nasir Bin Razali, Penolong Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat, BPP Lopeng, Encik Unong Sema, Penolong Pegawai Perubatan, KK Long Lama, penduduk Kampung Loagan Bunut dan para jemputan.