News

Program Pendidikan Keselamatan Dan Kebersihan Sungai bersempena Sambutan Ulang Tahun LSS ke 25
Posted on : 15 Nov 2018  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 

Wilayah Selatan

Pada 13 hb November 2018, Lembaga Sungai Sungai Sarawak, Pejabat Wilayah Selatan (Kuching) telah menganjurkan Program Pendidikan Keselamatan Dan Kebersihan Sungai bersempena Sambutan Ulang Tahun LSS ke 25 bertempat di SK Sambir, Kota Samarahan.

Aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan program ini adalah seperti berikut :-

1.Ceramah Kebersihan Sungai oleh LSS
2. Ceramah Keselamatan di sungai
3. Demontrasi Keselamatan di sungai dan CPR.
4. Demontrasi pengunaan Life Jacket
5. Ceramah dari agensi jemputan
6. Soal jawap
7. Pameran
8. Kuiz utk pelajar tahap 
2 secara berkumpulan
9. Pertandingan 
Mewarna untuk pelajar 
Tahap 1 
Agensi yg di jemput adalah;

1. Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB) Sarawak
2. Jabatan Alam Sekitar Sarawak

Sasaran program ini adalah pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sekolah SK Sambir Kota Samarahan. Seramai 86 org pelajar dan semua guru Tahun 6 teribat.
Manakala seramai 70 org pelajar tahap 2 telah menyertai pertandingan mewarna.

Untuk pameran semua pelajar dan hadirin terlibat. Bagi kelas tahun 1 hingga 3, Mereka berkunjung ke pameran secara bergilir mengikut Kelas. Manakala ibu bapa juga turut hadir dan berkunjung ke tapak pameran.

Pada keseluruhannya pelajar telah didedahkan dengan keselamatan dan kebersihan sungai. Pertandingan kuiz secara berkumpulan untuk pelajar tahap 2 menjadi penanda aras di mana kesemua soalan kuiz dapat mereka jawap dengan baik. Mereka sedikit sebanyak telah memahami tugas dan peranan LSS.


Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS.