News

KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN AMALAN BAIK PERATURAN (GRP) NEGERI PERAK KE IBU PEJABAT LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Posted on : 19 Sep 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

maklumat lanjut

Pada 19 September 2019, sempena Bengkel Penandaarasan Serta Perapian Penyata Impak Peraturan & Kertas Konsultasi Projek Rintis Amalan Baik Peraturan Siri 5, Peringkat Negeri Perak.


Lawatan rombangan ini seramai lebih kurang 20 pegawai diketuai oleh Encik Abdul Majid Abdul Rahim (Ketua Pen. Pengarah), UPEN turut hadir Dr. Hjh. Mazrina, Pengarah MPC Utara, Hjh. Sarimah Misman,Pengarah MPC Sarawak, Dr. Noorhishan, MPC Associate dan wakil-wakil Jabatan serta Agensi seperti Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan perikanan Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, UPEN Negeri Perak, IPD Marin Negeri Perak, majlis Daerah Gerik, Perak, Jabatan Laut Lumut, Perak, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Wilayah Utara dan Malaysia Productivity Corporation - MPC Sarawak .
Tujuan lawatan ini adalah mempelajari dan berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan sistem pengurusan dan pengangkutan sungai di Negeri Sarawak.
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Saimi Bin Haji Sarkawi (Ketua Unit Pentadbiran), Puan Norida Sipek, Assistant Controller (Legal & Contract), Encik Julaihi Bin Shahmad Assistant Controller ( Riverine & Safety), Encik Jose Galang ( Ketua Unit RIDM) dan Unit ICT & PRU Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS