News

LAWATAN KERJA YB DATUK LEE KIM SHIN, MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK KE TERMINAL DAN FASILITI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK BAHAGIAN SARIKEI
Posted on : 10 Mar 2020  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Program

10 Mac 2020 - YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke terminal pendaratan penumpang dan fasiliti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di Bahagian Sarikei.

Lawatan rombongan YB Menteri bermula di R.C Coastal Wharf, Sungai Nyelong, Sarikei untuk melihat keadaan sebenar waf tersebut yang kurang sesuai buat masa kini kerana terlalu dekat dengan jalanraya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar Sarikei dan perlu dipindahkan ke tempat yang lain.

Lawatan seterusnya ke Terminal Penumpang 1, Sarikei untuk meninjau pengoperasian bot laju dan bot express di Terminal Penumpang 1, Sarikei. Semasa lawatan ini, YB Menteri telah menyampaikan
cenderahati LSS yang mengandungi risalah kepentingan keselamatan pengangkutan dan kebersihan sungai kepada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan pengguna-pengguna bot laju dan bot express.

Lawatan diteruskan ke Terminal Penumpang 2, Sarikei. Semasa berucap kepada para tetamu dan masyarakat perkapalan dan komuniti setempat yang masih menggunakan pengangkutan sungai. YB Menteri mengingatkan masyarakat perkapalan agar memastikan kapal mereka wajib memiliki Permit Pengangkutan Sungai selain daripada mematuhi undang-undang keselamatan pelayaran. YB juga menyeru masyarakat di Sarikei dan Tanjung Manis turut bersama-sama menjaga kebersihan sungai dan jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai. Sebelum mengakhiri ucapan beliau YB Menteri merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir pada majlis pagi ini.

Sebagai tanda penghargaan YB Menteri telah telah menyerahkan 40 Jaket Keselamatan kepada pengguna dan pemilik bot persendirian serta 8 Alat Pemadam Api kepada pengusaha-pengusaha bot laju dan bot express yang beroperasi di Bahagian Sarikei.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Yusuf Bin Abdul Wahab Ahli Parlimen P206, Tanjung Manis, YB Dato' Sri Huang Tiong Sii ADUN N45 Repok, Tuan Teo Swee Ann, Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan Sarawak, Tuan Mohamad Marzuki Bin Brahim Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Tuan Haji Abang Mohamad Porkan Bin Haji Abang Budiman, Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Lt. Col Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Tuan Haji Hatta Bin Haji Morshidi, Assistant Controller Wilayah II Sibu, ketua-ketua jabatan, masyarakat perkapalan, pengguna-pengguna pengangkutan sungai dan para jemputan.

Seramai lebih kurang 100 tetamu dan jemputan yang hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan, Masyarakat Perkapalan, pengguna-pengguna pengangkutan sungai dan para jemputan. Maklum balas dari jemputan dan masyarakat perkapalan amat menghargai lawatan YB Menteri dan menyeru supaya program sedemikian diteruskan selain menaik taraf kemudahan dan fasiliti LSS.

Lawatan rombongan YB Menteri ke Bintangor telah melawat R.C Pontoon Wharf Main Bazaar, Bintangor dan R.C Commercial Wharf Main Bazaar, Bintangor yang disertai oleh rombongan YB Datuk Ding Kuong Hiing ADUN N.46 Meradong dan team GPS Meradong.


Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS