Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

PELANCARAN PROGRAM MEMBERSIH SUNGAI MIRI SECARA "ONE-OFF"
Tarikh : 14 Dec 2020  Sumber Berita: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

 

PELANCARAN PROGRAM MEMBERSIH SUNGAI MIRI SECARA "ONE-OFF".
Tarikh : 12 Disember 2020
Tempat : Jeti Nelayan, Kampung Piasau Utara, Miri
Simbolik perlancaran program telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N75 Senadin dengan mengutip tumbuh-tumbahan air di Sungai Miri.
Objektif program ini untuk membersih dan membuang tumbuh-tumbuhan air (water hyacinth, water weeds, water kale) di sepanjang Sungai Miri secara one-off. Jarak pembersihan ini adalah 15 km dari muara Sungai Miri ke Jambatan Pujut Bypass.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak; Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller; Tn. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri) dan pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri serta pekerja kontraktor yang dilantik.