News

Majlis Penyampaian Cek Tuntutan Rawatan Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Kepada Puan Pauline Anak James Harry.
Posted on : 10 Sep 2021  Source of News: Lembaga sungai-sungai sarawak
 

 

Majlis penyampaian Cek ini telah disempurnakan oleh Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) serta Pegawai-Pegawai LSS, Cek ini merupakan pampasan Insuran Group Term Life Policy dari Transnational Insuran Brokers (M) Sdn. Bhd. Sebagai tanda keprihatinan pihak Pengurusan LSS terhadap kebajikan kakitangan LSS, segala kos rawatan perubatan yang telah digunakan oleh Puan Pauline Anak James Harry merupakan pampasan insuran di bawah polisi Group Term Life dan rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Beliau merupakan Pembantu Laut A22 yang bertugas di Unit Riverine Safety ibu Pejabat.
Sumbangan ini adalah untuk kebajikan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan semoga kesihatan beliau terus bertambah baik. Kepada semua warga kerja LSS adalah diseru untuk sentiasa menjaga kesihatan masing-masing serta mengamalkan gaya hidup sihat.
#staysafe #stayvigilant #stayhealthy #savelives #jagasarawak #staysafe #lindungidirilindungisemua #IntuSarawak