News

Majlis Dialog bersama Persatuan Nelayan Kawasan Sebuyau
Posted on : 15 Nov 2018  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 

SRB

Lembaga Sungai Sungai Sarawak, Pejabat Wilayah Selatan (Kuching) telah menganjurkan Majlis Dialog bersama Persatuan Nelayan Kawasan Sebuyau. Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Sebuyau pada 14 November 2018. Dialog yang bertemakan "Keselamatan dan Kebersihan sungai" ini adalah bertujuan membincangkan masalah gangguan Keselamatan Trafik Sungai terutamanya di kawasan perairan Batang Lupar khasnya di laluan feri Batang Lupar. Gangguan trafik sungai ini berpunca dari aktiviti perikanan.

Tujuan Dialog ini adalah mencari jalan penyelesaian dan kaedah yang sesuai bagi menanggani masalah di laluan feri ini. Pelbagai cadangan dan solusi yang di majukan oleh peserta, selain itu
terdapat isu isu lain yang melibatkan kebersihan dan keselamatan di sungai serta permasalah para nelayan di kawasan ini.
Hasil daripada dialog akan di bawa ke mesyuarat jawatankuasa pengurusan feri Sarawak dan menjadi garis panduan sebagai menanggani isu isu berkaitan halangan laluan feri. 
Antara cadangan yang menjadi perhatian dalam dialog ini adalah menetapkan jarak satu (1) kilometer di sebelah hulu dan hilir jarak pergerakkan feri berulang-alik adalah zon larangan untuk aktiviti menangkap ikan demi keselamatan laluan trafik dan keselamatan para nelayan.

Antara penal dialog yang dijemput dan terlibat dalam majlis dialog tersebut adalah

1. JABATAN KERJA RAYA
2. JABATAN PERIKANAN
LAUT SARAWAK
3. JABATAN PERTANIAN 
BAHAGIAN
PERIKANAN DARAT
4. PENOLONG PEGAWAI 
TADBIR PEJABAT
DAERAH SEBUYAU
5. WAKIL OPERETOR
FERI
6. PENGURUS
PERSATUAN NELAYAN
KAWASAN SEBUYAU
7. PENGERUSI
PERSATUAN NELAYAN
SEBUYAU

Peserta yang di jemput hadir adalah wakil wakil Persatuan Nelayan Sebuyau. Wakil Persatuan Nelayan Tebelu. Wakil Persatuan Nalayan Meludam dan nelayan yang terlibat dengan aktiviti perikanan di kawasan muara Batang Lupar.

Seramai lebih kurang 80 orang yang hadir dalam majlis dialog tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS.