News

Pesta Lingga 2018
Posted on : 23 Nov 2018  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 

SRB

Pejabat LSS Wilayah Selatan bersama-sama staff dari Pejabat Daerah Kecil Lingga telah diamanahkan utk mengganggotai Jawatankuasa Teknikal mengendalikan acara Regatta Lingga 2018. Ini merangkumi tugasan Hakim dan Umpire, Marshall dan Starter. Untuk keselamatan, pihak kita telah dibantu oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, Angkatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Turut serta dalam keanggotaan jawatankuasa ialah beberapa orang ketua-ketua masyarakat setempat. Regatta Lingga 2018 menyaksikan 5 kategori tertutup dan 4 kategori terbuka dengan acara kemuncak Sakai 30 Raja Sungai Regatta Lingga yang menawarkan hadiah RM5,000.00 beserta piala iringan dan piala pusingan. Perasmian regatta telah dibuat pada 17.11.2018 oleh YB Datuk Abdul Karim Hamzah mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak. Manakala majlis penangguhan regatta telah disempurnakan oleh YB Hajah Simoi binti Peri, ADUN Lingga. Raja Sungai Regatta Lingga 2018 telah dirangkul oleh Mahkota Dewa Gedong.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS.